- SaLaM......kISaH OrAnG BiaSA - bIAsA -

Monday 25 April 2011

Cerita keldai

Assalamualaikum,

Just nak kongsi satu cerita untuk renungan kita bersama. Ianya tidak ada kena mengena dengan keldai atau orang yang masih hidup atau sudah pergi.

Di sebuah ladang ada seekor keldai yang setiap hari berkhidmat kepada tuannya. Tuannya agak cerewet dan selalu komplen tentang performance kerja keldai tersebut. Satu hari keldai itu terjatuh kedalam perigi buta dan berteriak meminta tolong. Tuannya pergi tengok tetapi tak dapat berbuat apa-apa. Lantas terfikir olehnya untuk menimbus sahaja keldai tersebut agar settle masalah. So, tuannya mula mengangkut pasir untuk ditimbus telaga tersebut bersama dengan keldai yang memang dia pun tak berapa suka. Setelah si keldai perasan apa yang tuannya buat, dia pun sedih dan menangis. Tuannya terus saja menimbus dengan pasir sedikit demi sedikit. Tetapi si keldai tidak putus asa. So, setiap kali tuannya mencurahkan pasir, ia akan mengoyang-goyangkan tubuhnya agar pasir itu jatuh ke bawah kakinya. Akhirnya semakin banyak pasir yang di curah semakin dekatlah si keldai dengan permukaan. So, bila sudah hamper ke permukaan si keldai melompat keluar dari telaga dan berlalu pergi.

Pengajaran: didalam kehidupan kita, kita akan dihujani dengan pelbagai masalah dan ujian. Kekadang kita rasa ditekan, tidak dihargai, tidak dihormati oleh ketua, oleh keluarga, kawan-kawan dan sebagainya. Segala cubaan dan dugaan itu adalah untuk menguji kita supaya lebih tabah dan kuat bukan untuk menyerah kalah. Masalah itu adalah umpama pasir yang saban hari menimpa yang kita perlu tempuhi. Jika kita berhenti dari menghadapinya dan menyerah kalah, pasti kita gagal dalam hidup. Dalam kes keldai tadi dia akan tertimbus dan mati.  Kita perlu mengharunginya, menepis setiap pasir itu kebawah kaki kita agar akhir nya kita Berjaya mencapai apa yang kita inginkan. Belajarlah dari kesalahan dan kesilapan untuk lebih mendewasakan kita, lebih arif menangani masalah dan lebih dekat kepada Allah.

Firman Allah “ (Wahai Muhammad) bukankah Kami telah lapangkan dadamu? Dan Kami telah ringankan bebananmu. Yang telah memberatkan belakangmu. Dan Kami telah angkatkan namamu (di dunia dan di Akhirat). Sesungguhnya selepas kesukaran itu ada kemudahan. Sesungguhnya selepas kesukaran itu ada kemudahan. Oleh itu apabila engkau telah selesai dari kegiatan-kegiatan hidupmu, maka usahakanlah kegiatan yang lain pula. Dan kepada Tuhanmu tumpukan perhatian dan minatmu.” (Al-Insyirah: 1-8)

wassalam

No comments:

Post a Comment